Followers

Friday, November 9, 2012

jumaat yang barakah

Allahuakbar.. Alhamdulillah.. Hari jumaat..perkongsian Tanyalah Ustazah,sebelum maut menjemput.terkesan di sanubari.. Hanya 3 perkara yang akan kita bawa bersama setelah meninggal dunia iaitu doa anak2 soleh, sedekah jariah dan juga ilmu yang bermanfaat. Ustazah berpesan kepada yang belum berkahwin,cepat cepatlah berkahwin supaya beroleh zuriat.moga nanti dpt kita didik anak dgn sebaik mungkin,anak2 adalah cermin ibubapa.anak yg soleh,setiap kebaikan yang dia lakukan ibubapa yag sudah meninggal akan mendapat pahala. besar sungguh peranan ibubapa.

itulah cerita hari ini.

mila nak sambung bercerita tentang apa yang mila lalui dalam seminggu ni, perasan tak lama betul mila menyepi. tengah stress macam tula, tak boleh buat apa melainkan duduk diam2.hehe.

mila ada mengikuti program latihan rekabentuk & penjenamaan oleh KBS-SIRIM.
pengisian yang sangat bagus. pendedahan awal tentang kepentingan jenama dan packaging. selain tu pegawai yg terlibat sangat2 positif dan membantu. terasa seperti sebuah keluarga yang besar. peserta yang terlibat turut berkongsi pengalaman masing, jatuh bangun mereka dan sentiasa memberikan motivasi kepada kami semua.
Ya Allah, terima kasih kerana pertemukan mila dengan mereka2 yang berjaya & tidak lokek untuk berkongsi pengalaman.

at the end, bila dah selesai makan tengahari, duduk bersembang, tetiba ada satu perasaan halus yang meresapi diri. dan yang terkemudian hanyalah linangan air mata. mengakui kebesaran Allah. Allahuakbar!!

semoga pengisian yang bermatlamat untuk memajukan anak bangsa akan terus dipertingkatkan.

dan mila yakin diri untuk berjaya.
ada perkara yang buat mila tersentuh sewaktu pembentangan kerja berkumpulan sebab yang tu mila buat real bisnes mila.
at the end, en khairul bertanya mila nak ke tak geran ( jika ada) oleh KBS. mila jawab, misti la nak. dan dia bertanya, mila bujang @ berkahwin. dan jawapan mila bujang. dia kata, kalu bujang, susah sket la sebab pernah terjadi kes sebelum ni. bila dah selesai dia kata macam tu, mila sebak kejap. suara berubah, mila cakap, xpe, inshaAllah mila akan teruskan dlm nada suara org nk menangis, pastu ada suara sumbang, tisu2..keke..:) senyum je..

yela, siapa yang tak nak kawen kan? ini pun mila masih berfikir tentang soal jodoh. bukan susah hati atau mencari siapa jodoh mila. cuma mila berfikir andai ditakdirkan mila berkahwin, mila sentiasa berdoa untuk mendapat seorang suami yang memahami jiwa mila, yang soleh, yang penyayang & penyabar, boleh membimbing mila dunia & akhirat.
sebelum mila dapat yang terbaik, mila harus jadi yang terbaik. inshaAllah, semoga Allah merahmati perjuangan dunia untuk menaik taraf ekonomi dan juga perjuangan akhirat mila untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam apa jua yang mila lakukan.
kerana matlamat akhir kita sebagai khalifah Allah, pastinya syurga Allah.

Allahuakbar!!
Alhamdulillah
Subhanallah

hanya itu yang mampu mila ungkapkan. betapa bertuahnya mila.
satu persatu Allah permudahkan.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...