Followers

Tuesday, January 31, 2012

Tolong beritahu si dia......





Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


sumber: crewfathi

untuk renungan bersama

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…





sumber: Facebook Jom Berdakwah di FB

Untukmu Adam & Hawa



Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.


sumber: crewfathi

Monday, January 30, 2012

"Adam..dengarlah kata hatiku"....Hawa








Adam.....

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam....

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi...aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam,

nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumahseluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam...

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

sumber: syahirul.com

Thursday, January 26, 2012

malam yang kelam

Assalamualaikum.

malam ni akan jadi malam yg restless.......
suppose tak jadi macam ni....
tapi dah jadi...
apedaaa cakap belit2...

huhu...saya nk merapu rapu dan menulis suka hati saya jer...
tolong la...kadang2 saya rasa macam takut nk hadapi realiti hidup
sungguh!!
sebab saya rasa xde sape ada untuk saya!
tapi saya silap...bila saya bukak Pena Abid nih...
baru je publish entry baru....Independent la sangat.
haha...mcm terkena batang hidung sendiri pulak!
dulu saya selalu rasa..saya ni seorang diri je...
dulu saya rasa saya dah buat yg terbaik..
sangat independent...
tapi saya silap
saya banyak buat silap
saya nk berubah
saya sanggup tinggalkan semua yg saya ada kat sane
sebab saya tau kat sane xde ape untuk saya
hidup saya kosong
saya balik sini
saya cari diri saya yang hilang
saya dah jumpa sikit
saya dah nampak cahaya tu
saya tau saya takkan sesat lagi
tapi saya perlukan bimbingan
hati saya rapuh
bila saya cuba dekat dengan Dia
banyak ujian yg datang
saya tak istiqamah
saya tak tau nk buat macam mane...
bila saya baca blog Farah lee..
saya rasa cemburu...
dia mampu jadi lebih baik...
takkan saya tak boleh...
saya cuma perlu lebih banyak sabar...

lepas tu...saya jadi rendah diri...
dan asyik terpikir soalan yg kawan saya bagi...
aahhhh....mencikk...

takpela...
saya tau saya jahat..
saya tau saya ni cepat marah
huhu....

saya takut............

saya terukkan???

selalu buat mak saya marah...

selalu tak ngam ngan ayah

Allah selalu uji kami sekeluarga...
Allah uji hati mak
Allah uji kesabaran ayah
Allah uji kami adik beradik...

dulu saya selalu salahkan diri sendiri
tak pernah yakin dengan kemampuan saya

sekarang..ada sorang kawan nih..
dia sorg je yg pernah cakap
"aku percaya mu boleh"

sangat appreciate dia...huhu..

Ya Allah....
hanya kau yg Maha Mengetahui
Maha Mendengar...
melihat zahir dan batinku
kuatkanlah hatiku..
tambahkanlah imanku
jadikan aku seorang yang redha dengan ujian-Mu
yang mampu tersenyum tatkala ditimpa musibah..
bukannya mengalirkan airmata...
meratap hiba

aku tahu aku dilahirkan sendirian,
dan matiku juga di usung sendirian...

bantulah aku Ya Allah...

aku mencari Redha-Mu...
aku mencari keberkatan dalam setiap langkahku...
Amin..


Wednesday, January 25, 2012

Yes!! dapat...^_^

Assalamualaikum..

sihat ke semua orang???

dah janji nk btau kan..
tadi dapat call...dapat pegi kursus keusahawanan tu...^_^
Alhamdulillah...
28hb Jan - 2hb Feb (sesi 1)
yg seterusnya tak diberitahu lagi...

****

ala..nk btau.tarikh kat atas tu cancel daa.......
tunda ke tarikh 12-16hb Feb 2012

Tuesday, January 24, 2012

menghadiri majlis perkahwinan

assalamualaikum

hello my fellow frens..
harap semuanya dlm keadaan baik..

hari ni saya g kenduri kawen sekolah..tetiba je btau kan..sepatutnya nk g mjlis akad nikah dia..tp lupa daa..
apa yg sy rasa mjlis dia sgt sempoi,penuh dgn kesederhanaan..huhu..kalau sblm ni..pegi mjls kawen misti pack dgn aturcara mjls..
moga2 nnti sy pun bole buat mjls dgn penuh kesederhanaan dan mendapat keberkatan..
lagi satu,td kuar joging dengan kawan,jumpe ngan cikgu sekolah..soklan yg paling pemes...dh kawin ke? siap cakap sy ni org rumah pd kawan nih..haha...adoiii...part last skali, ok dah tu...nnti jemput kawen..:p
insyaAllah..jemput..kawen masing2 nnti..hehe..

~~entry nih lambat publish!! huhu..date 220112~~

alang2 dah lambat publish...nk continue ngan cerita wedding esoknya..230112..
ada 2 wedding..mula2 pegi ngan family kat wedding yani kt NACC...xde picture sebab hp cikai dah rosak...huk2..masa sampai yani dah entertain tetamu..dh siap sanding katanya....^_^

lepas tu balik umah, smyg zohor dulu..pastu baru gerak g wedding nurul kt guntung..nun jauh di sana...
dah la panas amat semalam..ada roadblock lagi...haha...layan jeee...memang niat nk attend wedding nurul..kuatkan semangat..nasib baik tak sesat!! sampai je kt sane..nurul ngah makan beradap, ada plak geng kije HKS dulu...ade la jugak teman borak ye...setel makan, jumpe nurul, kasi adiah ape sume...balik la...


selesai 3 wedding kengkawann..bukak pulak fb, ade 2 lagi jemputan, bulan feb n march..yg tu xsure lagi bleh attend ke tidak sebab belum betul2 planning..insyaAllah, lau xde aral melintang..nk jugak pegi...^_^

tu jela kot...penceritaan yg xde kesudahan..huhu..

Asam garam kehidupan

Assalamualaikum...

malam ni agak susah hati..well..bila mana perkara yg kecik-kecik..simpan dalam hati boleh bernanah tau?
huhu...sebenarnya saya dalam dilema..yela..adik beradik 9 org, abg kakak dah kawen..yg dah kawen ngan perangai yg dah kawen..yg adik2 plak, ngan perangai diorang..macam2..
kita yg tengah2 ni..sape nk amek tahu??haru je tau..huhu..

tapi biasa la..adat dalam adik beradik, ada turun naik, kejap gaduh, kejap lagi baik la...

yang jadik masalahnye skrg nih..bila mak lebihkan menantu dia...
tp yg si menantu ni ok je...xde ape masalah..mak je yg nk layan lebih2..

setahu  saya la kan..kalu dh jadi menantu, lau balik umah mak mentua..kena la masuk dapur apa sume..tp rasanya..memang tak pernah kot...then..mak pulak jenis yang suka layan menantu dia macam tetamu..nk serba ada..kena layan sungguh2..hidang itu ini..wowww!! memang superb ok!! itu dah lebih ok??
actually mak yg sgt2 lbh..sampaikan anak2 pun kecik ati..especially kakak saya tu..

kesian pulak dekat dia...ni buat kuih serimuka utk dia n ank2 sedara makan..dah diorang xde dah..terus cabut balik..kecik hati punya pasal...adoiii...yg si menantunye pon..cabut balik jugak...lagi haru...
susahkan nk senangkan semua orang..

kadang apa je yg kita buat, orang tak puas hati.tp itu je y termampu..hargailah apa adanya...

kadang2 bila perkara macam ni terjadi..rasa makin takut untuk berkeluarga..yela..mane la tau kan..kot dapat MIL yg tak berkenan ngan pilihan si anak..tak pun..dapat anak mak..huwaa...takutnya...

inilah realiti kehidupan....

saya kena hadapi dan selesaikan..

agak stress ni..sebab tak terluah dengan kata2...

tadi pun memang senyap aje..tak menyampuk ape yg mak bebelkan pd kakak..
sebab kalu menyampuk nnti..mesti meleret-leret pulak...adik yg 2 orang ni mesti terbabit skali..
mood mak malam ni tak bagus kot..huhu..

kena byk sabar~~~~

nanti dh tinggal bertiga jer..ma, bak n saya...
adik2 esok dh balik asrama n kolej..
kakak yg balik bercuti tu pun jdi macam tu..
yg menantu tu, lagi la...pasni susah la nak jengah rumah selagi abg tak balik..
hurm...entah la belalang...macam2 hal jadi...

**nak pinjam bahu boleh??

** sob3... T_T


ada solusi ke??? huhu...SABAR...tu je yg mmpu buat setakat nih...plus ngan air mata...



Thursday, January 19, 2012

Bila hati bersenandung...

Assalamualaikum...

Gud morning my fellow frens..^_^ senyum sket...
hari ni bangun awal..sebab tdonye awal..kul 8 dah masuk tdo.. kepenatan sebab a few days tdo tak bape lena.. macam ada perkara yang nk di buat tapi tak leh nk buat..agak restless..dan banyak perkara in my mind..pikirkan hal nak majukan bisnes Mila Delight..nk buat marketing, tp tula..tak bape reti..pastu pikirkan hal nk interview ngan MARA, try la nk buat business plan..pastu siapkan jahit lace n manik kat baju nikah kgkawan ni..diorg dh bg lama..tp asek bertangguh jer..hehe..ampun ye..tp lau dh pegang, sekejap je siapnye..
sambil-sambil beronline, ada order masuk..of course kena siapkan..rezeki tu..takkan nk di tolak...lagipun dalam keadaan sekarang nih..agak darurat. oke,,berbalik pasal cerita restless tadi..

Pagi semalam pegi interview dgn pihak MARA, if lepas interview ni baru dapat join program keusahawanan diorang..i'm hoping so much utk dapat..untuk dijadikan platform untuk terus majukan diri..tapi kalau Allah kata itu bukan rezeki saya...what to say...moga Allah gantikan dengan perkara lebih baik..Amin...
just wait and see ok?? if ada perkhabaran gembira nanti..saya uar-uarkan...dan tolong doakan untuk saya ok??

Berkenaan Mila Delight, rasanya dah setahun beroperasi tapi masih banyak kekurangan..semalam lepas interview, duduk bersembang dengan  orang2 yg dh berpengalaman dgn bisnes..diorg pun join yg interview MARA ni...seronok sangat sebab dapat menambah ilmu pengetahuan dan jugak berkongsi pengalaman. teringat lagi kata akak sorang ni " awak kalu kata tak boleh skrg, setahun @ 2tahun lepas ni awak yakin ke dpt bukak kedai?? awak ada kemahiran yg org lain takde.." perghhh..menyengat jugak..tp betul katanya..kalu tak pikirkan dari skrg..bila lagi? kalu tak yakin, rasa tak cukup kemahiran, tak cukup ilmu, setahun @ 2 tahun akan datang dah cukup ke ilmu tu? huhu...apa-apa pun kemahiran dan ilmu harus di pertingkatkan dari masa ke semasa..semoga Allah mempermudahkan segala urusan bisnes Mila Delight ni..Amin..

lagi satu perkara yg buat saya restless...
macam mana nak jadi istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara?? saya ada buat solat sunat..tapi tak istiqamah..macam mane nak dapat petunjuk Allah..hati ini mudah sangat berbolak balik..sekejap rasa begitu, sekejap rasa begini..Astagfirullahalazim...hanya mampu berdoa utk menjadikan diri ini lebih baik dari hari2 sebelum ni...bukan apa..kalau boleh, biarlah rezeki dan apa saje yg ada ni, mendapat keberkatan dan keredhaan Allah...rasanya tak sanggup nk hidup tanpa keberkatan & redha Allah...dan semakin ingin dekat dengan Allah, semakin banyak pula ujian yang datang...ya Allah..tambahkanlah keimanan dihatiku ini..moga akan terus kuat utk menghadapi ujian2Mu..Amin..



Monday, January 16, 2012

Masjid Kristal - Taman Tamadun Islam


P/S: nnti la sy bercerita..huhu..tp nk share jugak picture ni..sebab rasanya picture cantik sgt...amek pkai hp cikai jer..tp view dia..Subhanallah....huhu..

Sunday, January 15, 2012

Recap entry Tok Wan...

Assalamualaikum...

sebenarnya..entry nih lama kot tok wan buatkan utk mila..senang mila panggil atok jer..
^_^  klik sini untuk entry penuh...
jom kita jengok blog Atok ni...Apo-apo Yolah

ni ada intisari yg atok buatkan utk mila...
Tips memilih bakal suami..hehe...


1. Kerana Agamanya
Mila kena selidik dulu latar belakang si dia. Kalau muka macam Shreak sekalipun, kalau ilmu agama cukup didada, apa salahnya kalau Mila pertimbangkan. Kita berkahwin bukan dengan mukanya Mila. Kita berkahwin dengan hati dan agamanya. Dialah bakal jadi imam keluarga kita. Kalau bakal suami tu berpegang teguh dalam Agama Islam, insyaAllah uwan jamin hidup Mila akan bahahgia ke akhir hayat. Kalau nak tahu dia tu mengamalkan agama ke tak,tengok dia p semayang jumaat tak.  =.=

2. Kerana aset dirinya
Ini bukan bermaksud uwan nak ajar Mila mata duitan. Bukan camtu. Maksud uwan, harta kat sini budi bahasanya, pembawakan dirinya, santunnya, kehormatannya. Itulah harta yang tiada nilainya Mila. Kalau setakat si dia tu anak Datuk sekalipun tapi perangai nauzubillah, baik Mila lupakan. Biar miskin harta tapi jangan miskin moral. Mila nak ke hidup dalam sangkar emas tapi jiwa batin terseksa selamanya? Adeh...macam sasterawati plak uwan raso kojap haa.

3. Kerana kerjayanya
Tak perlu nak pilih berkerjaya sangat Mila. Cukuplah yang sekadar sederhana. Tapi kalau dah jodoh dengan suami gaji besar, untung badan la tu. Suami ni bakal mencari nafkah untuk kita. Untuk anak-anak kita kelak. Sekurang-kurangnya si suami mampu jugaklah nak memberi anak beranak makan, tempat tinggal selesa, menyekolahkan anak-anak sehingga berjaya, dah cukup! Tak payah nak cari suami yang boleh kasi Mila hantaran perkahwinan kereta Porsche Carrera GT sebijik!

4. Kerana sifat kepimpinannya
Si dia ni bakal memimpin Mila. Memimpin anak-anak Mila kelak. Kalau setakat bakal suami yang selalu bergantung pada isteri atau emak kandung suami, tak boleh jadik jugak. Suami kena tegas dalam membuat keputusan. Kerana dia ketua keluarga. Sifat tu kita boleh tengok sekali imbas. Selamat mengimbas! erk.

5. Kerana sifat sayangnya
Ini paling penting Mila. Kasih sayang adalah segala-galanya. Bukan curi trademark cermin mata permata hijrah. No no no. Walaupun susah dan berat dugaan yang datang sekalipun, jika berpaksikan pada kasih sayang insyaAllah semua tu boleh ditepis.  Kasih sayang ni termasuklah menyemai sikap mempercayai, menghormati, romantik, bertanggungjawab tu suma. 1pakej dah tu. Mila kena tanamkan kata-kata ni dalam hati. "Pilihlah orang yang mencintai kita daripada orang yang kita cintai"

Uwan rasa itu antara tips yang sempat uwan kongsikan. Banyak lagi ni. Tapi nanti kalau uwan senaraikan point sampai 18, kompem mata Mila kelabu nak baca kan. So, uwan pilih mano yang utama je dulu. 

Persoalan samada nak pilih ke tidak orang yang merisik tu, Uwan raso Mila ada hak untuk bertanya siapa gerangannya. Itu hak Mila sebagai bakal isteri. Takkan nak main terima je sapa yang merisik tanpa tahu asal usul dan sebagainyakan. So tanya dulu geragannya. Kalau minat, teruskan. Kalau tak minat, bagilah alasan masih belum bersedia bergelar isteri dan sebagainya. Yang penting, jawab dengan berhemah tanpa melukakan mana-mana pihak. Gud luck Mila!!!



tenkiu Atok...^_^  dah lama simpan baru nk wat entry balas...hehe..maap ye Atok??

BOP Mavellous 301211

Assalamualaikum

orait..
another entry yg tertangguh..
hehe..

jom layan gambo masa BOP MaVellous @ HQ







lau ikutkan..
banyak agi gambo..
cukup la tu kan??

tapi jap...
ade lagi yg tak tunjuk nih..
jap2..

fly high!!!

hehehe..
lau nk tgk lagi gambo2 yg len...
meh jengok Facebook nahh..
^_~

muahh!!!
sayang korang...

Saturday, January 14, 2012

Follower Ke-500

Assalamualaikum

lama tak menulis..
busy tapi kadang rasa boring gak..
blur kejap sebab dah lama sangat tak update..
^_^

untuk entry kali ni..
mila review follower ke-500
hehe..susah payah tunggu utk dapat follower ke-500 nih...


meh la melawat cik Chokelat Chienta nih..
nama sebenarnya adalah Syazwani bt Amirrudin
Berumur 17 tahun..calon SPM nih..
hehe..
Good Luck to Syazwani untuk menempuh SPM tahun ni..


Thursday, January 12, 2012

Customer Service @ K.Trg


Assalamualaikum..

hari ni rasa nak berkongsi sedikit pengalaman.
jenjalan ngan mak..mak nk g beli kain pasang..
pastu singgah la kedai baju@ butik..tapi sempoi jela..
biasa la kedai area kuala terengganu  ni..
kalu kedai vogue pun bukan ade yg nk masuk..huhu*kalu harga mhl la..
ni kedai bese jer..sekali tgk owner dia, foreigner...tp fasih ckp melayu..
misti dah lama dia manetap kat sini...*buat duit la...
sebenarnya masuk kedai tu bukan nak beli ape2 pun..
just nk tengok2..survey2 market area kuala terengganu ni..
yela...xmo compare kt KL nun..brg2 bleh dpt yg murah kan..
dah balik ke trg ni..mmg kena hidup cara sini la..beli brg kt sini..
**kena terima hakikat!!

tapi kan...sangat suka ngan layanan uncle nih..even though dah btau juz nk tgk2..tapi dia tetap explain tentang barang yg dia jual..siap tunjuk lagi kegunaan mcm mane..
then bleh suggest itu dan ini...
ni la baru betul customer service!! i likeee!! pasti akan pegi lagi..baju2 kat situ nmpk up to date..handbag pun nmpk ade class..affordable...

sebelum ni ade jugak masuk kedai org melayu..dekat2 ngan area rumah jer..
kedai lawa...baju2 pun ok..tp sayangnye..
salesgirl@ owner..langsung xreti nk greet customer..
nak tunjuk itu ini...dia biar aje customer@ambe  ni pusing kt dlm kedai dia tu..
saya pun pusing2 la dalam kedai tu..bertanya jugak sikit2..tp tula..xde nak ramahkan mulut tu..
bercerita apa2 tentang baju2 dalam kedai dia..sayang ooo...bila nk cuba pun dia biar jela..cuba jela baju tu..
so boring...saya bleh confirm org yg masuk situ susah nk beli barang oo...tapi xtau la kot org len jenis amek n bayar..
*lau org sini pkai konsep cash & carry...senang nye hidup...maju bisnes..hehe..
kalau la akak tu ringan mulut bercerita..maybe saya tak beli hari ni..tp esk @ lusa..bila saya perlukan busana yg cantik..misti saya akan pergi beli..tak mustahil jugak..saya akan suggest pada kawan2 atau sedara mara kan????

lagi satu pengalaman, 
masuk ke kedai milik Chinese..jual brg2 stainless steel..
just nak survey oven sebenarnye..
bertanya harga apa sume...uncle tuh dgn senang hatinya bercerita macam2..setiap benda yg saya pegang..dia akan btau kegunaannya..drp tak tahu langsung..dah tahu..rupa2 ada macam2 benda yang saya tak tahu..
uncle tu pun btau..machine yg ada tu sgt susah utk jual kat sini..market k.trg slow..org2 kt sini bukan peniaga tegar..

sangat2 berbeza kan layanan orang melayu dgn bangsa lain??
saya bukan nk burukkan org kita..saya pun melayu..
bukan xde yang bagi layanan elok..tp kebanyakkan nyer...

kuala terengganu ni kecik aje..
walaupun nama bandaraya..
tapi hakikatnye...
xde apa kot?? atau saya yang belum explore habis lagi???

secara peribadi..
anak2 negeri trg ni yg bekerja kt sini..harus diberi pendedahan luar..
cuba try kije kt luar..berbeza jauh layanannya..
apa yang saya perhatikan..diorg sangat selesa kije macam tu..
asal dapat gaji sudah..yang lain2..takde diorang nk amek tahu..
*customer service failed.

i'm wondering...bila la agaknye keadaan ni akan berubah...

off topic sket eh..
semalam kawan saya cakap..bgnn baru siap kt area pos laju, satu lot 3 tgkt RM1.2M
WoWW..mahal giler..:p ehh?? mahal ke tak mahal?? dulu penah kije company ejen hartanah..
so boleh agak la..
orang2 terengganu ni kaya2 la...misti la bole beli..:p
sewa kedai pun ground floor harga dah brape...
sape2 yang nk bukak kedai tu..make sure ada modal 3 bulan ye..
pastu lau buat loan tu..agak2 lepas ke nk byr balik modal dlm masa 3 bulan??
rasa2 bisnes kalu dlm masa 3 bulan kt area k.trg ni bleh ke???
lau saya la..saya tak mampu ooo..**duit xdak lagi** kui3..

camne eh..org kaya makin kaya..
orang miskin makin miskin...
yela...harga barang makin mahal..gaji kat sini bape je??
dapat pun lepas2 makan kot?tapi tak tau la kot org2 kt sini dapat duit dari langit...
huhu...

**dalam hati...bila nak kaya nih...ada tak dato' 2 yang nk sponsor saya??**haru betul**
oke..abaikan je...^_^

dah panjang and merapu-rapu je kan??
**berkenaan perkara kat atas tu..pandangan peribadi..mngkin saya belum betul2 mendalami isi alam di kuala terengganu..
dan saya pasti akan meneliti setiap masa selepas ni...saya bangga jadi orang terengganu!!

lots of LoVe....
Mila
120112 @ k.trg

Wednesday, January 4, 2012

Busy~~

Assalamualaikum...

short entry..
xdapat nk update seperti yg dijanjikan...
huhu..
entry Follower ke 500
entry BOP MaVellous 301211

pasni la lau ada kesempatan,
saya update blog..

legasi MaVellous sudah bermula..
banyak perkara nk kena buat...
^_^

daaa

salam sayang tuk korang..
muaahh!!!!

***jap2..nk promo~

kepada sesiapa yang berminat untuk buat bisnes..dgn hanya modal RM250, anda mampu menjana pendapatan 4/5 angka sebulan..yg penting, usaha & rajin...if join, pastu duk diam2...xkan dapat menjana pendapatan..lagipun dunia hari ni..xde yang free..so...if interested utk tahu caranya..
tepon jer --->>>  013-9783419 saya akan guide korang utk jadi org yg berduit!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...