Followers

Sunday, April 21, 2013

Menyedari Hakikat Hidup

Assalamualaikum WBT

malam ini, hati ini tak tertanggung menahan rasa. setiap kali solat, hanya mampu memohon diberikan petunjuk dan jalan kelur..dipermudahkan semua urusan..
ye betul...Allah permudahkan urusan itu, dan juga masih ada beberapa perkara yng menuntut kekuatan jiwa. kesabaran yang tinggi untuk teruskan perjuangan ini.
Hati meruntun hiba..ingin berkongsi cerita..

menyedari hakikat hidup bertuhan, dan menyedari tugas sebagai khalifah Allah..Benar-benar mengubah hidupku. bukan mudah untuk memahami setiap perkara, dan itulah yang aku lakukan.

Allahuakbar..

Wednesday, April 3, 2013

Travelog Kejayaan: Rabu 3 April 2013

Setelah 3 bulan berlalu, sekarang Mila terpaksa review balik perjalanan hidup & bisnes yang telah Mila buat di awal tahun 2013. 
Selain itu, ada perkara yang Mila ambil mudah seperti Marketing Online yang mana ini adalah Nadi "Mila Delight". Mila lebih fokus kepada jualan fizikal, iaitu buka booth. Hakikatnya tidaklah semenggah yang diharapkan. Walau apapun, itulah hakikat pengalaman yang Mila kutip sepanjang perjalanan hidup ini.
Banyak perkara yang Mila belajar, Dunia & Akhirat. Sungguh!. Hanya Allah yang Maha Tahu.
nak tanya korang: nama Shariffah Millah bt Tuan Muda
nak panggil Mila, Milla, or Mil?? nak branding diri sendiri pun belom lagi nih..haishhh...Confius la..Product lagi laa..tettt..
Salam Sayang, MD.



ImpianKu
5. MD Bakery: inilah nadi perjalanan hidupku..Proses demi proses ku tempuhi untuk merealisasikannya. Begitu banyak pelajaran yang ku tempuhi untuk berada pada tahap ini. akan ku terus memajukan diri utk berJaya Dunia & Akhirat. MENcuba + semANGat = keMENANGan

pinjam dgn pkcik google..:)

Travelog Kejayaan: Selasa 2 April 2013

Hari ini Mila berjaya menghantar sample Kek Coklat Moist & Popia Nestum utk buat Nutrition Fact. Alhamdulillah..setelah sekian lama pending..sebelum ni banyak alasan..
Lepas ni nak cuba apply Fast Action Fast Result. semoga Allah memberiku kekuatan..Amin.
Selain itu, td berpeluang untuk join Persatuan, Semoga ada sinar & rahmat Allah untuk Mila melaksanakan setiap perkara. Time Management sangat penting. :D

ImpianKu
4. PG Dealer. sebab ape?? utk jadi Dealer perlu ada 20k. Itu MATLAMAT UTAMA. I LOVE GOLD!!!! ^_^


credit to google..:)

Travelog Kejayaan: Isnin 1 April 2013

Semalam dapat surat utk interview Sewa Kedai MARA. seolah-olah Allah memberi harapan kepadaku. Hari ini, Mila buat survey di kawasan tersebut. Dukacita, kawasan tersebut sering dinaiki air apabila hujan lebat. OK, bermakna, pilihan untuk menyewa tertutup. cumanya Mila akan teruskan dengan interview dgn pihak MARA. perlu clarify dgn diorg. 
saat ini, Mila masih rasa kosong..
tadi pegi tanya pihak UNiSZA utk buat Nutirition Fact, esok akan hantar sample, InshaAllah.
lepas tu pegi YPU, ambil borang utk Barcode & Perlabelan. 
masih blurr di PPAT.
Sekian, Salam Sayang, MD.

ImpianKu:-
3. berkahwin :) harus berimpian..memandangkan umur semakin bertambah..Alhamdulillah..dalam perjalanan ini Allah memberiku pelbagai kebaikan untuk ku bawa bekal menempuhi Alam Rumahtangga..



Travelog Kejayaan: Sabtu 30 Mac 2013

Selamat Pagi..
Mila bukanlah rajin sangat nak mengupdate semua perkara, untuk beberapa hari ini, Emosi negatif seolah-olah hidup mengatasi rasa Yakin Diri. dgn Mentor bukan main cakap Diri ini Kuat. Kuatkah aku ini?? Terasa Kosong perjalanan ini..Apa yang harus Mila Corakkan untuk masa depan Mila? Kejayaan yang Mila impikan??Semua kabur..Selepas satu persatu Mila tempuhi, sekarang seolah-olah Mila terasing, situasinya Mila tak tahu baik atau buruk melainkan Mila tempuhi ajer..daripada situ, mula pelbagai perkara berbangkit..

ImpianKU
2. menunaikan Umrah:-
    Ya Allah, jemputlah aku menjadi tetamu-Mu..Amin..:)


pic credit to google



Travelog Kejayaan: Jumaat 29 Mac 2013

Salam Sayang..Bingkisan ini utk Mila tatap akan dtg..sbg kenang-kenangan suka duka perjalanan dunia bisnes. Penuh cabaran dan liku-liku kehidupan yang harus ditempuhi. seminggu dua kebelakangan ini,pelbagai perkara menyesakkan minda dan jiwaku.. Semuanya memerlukan kekuatan mental dan fizikal yg tinggi..setiap situasi yang tak dijangka memerlukan kemahiran menyelesaikannya.. Pembaziran emosi utk perkara2 tidak perlu,harus dielakkan..
Usaha,gagal adalah proses..
Perjalanan ini masih jauh..
Salam sayang MD.

ImpianKu
1. Honda CRV

 Nak warna putih..Bersih Suci...^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...