Followers

Thursday, December 8, 2011

Fasa Hidupku

Assalamualaikum.

semalaman aku berfikir, mencari realiti hidupku didunia ini..
kalau dulu aku belajar berdikari..berdiri di atas kaki sendiri dengan air mata, susah payah aku sendiri.
kini aku di sini, masih lagi berdikari...tetapi aku terkongkong.
itu tak boleh. ini tak boleh. kerana apa? salah orang lain, tapi yang terseksa, aku??
kalau ikut hati..mati
kalau ikut rasa..binasa
kalau ikut nafsu..lesu
semakin lama aku rasa aku semakin patah semangat untuk meneruskan perjuanganku
ya...mungkin kerana aku berkawan dengan lelaki.
dia lelaki, tapi tak semua lelaki itu tak bertanggungjawab.
katanya, fikirkan tentang agama. 
pernahkah dulu diterapkan agama itu dalam2?
saat sudah terjadi, baru terhegeh2 mengingat tentang agama..
agaknya, biar aku berada dalam sangkar, barulah aku tak mampu terbang lagi.

bila aku tak berduit..kata itu dan ini..
bila aku ingin mencari duit.
itu tak boleh..ini tak boleh..
adilkah???

nak tunggu aku berkeluarga??
kalau aku terperuk dirumah..bagaimana aku ingin ketemu jodohku?
kalau keluar itu salah??
jumpa kawan pun salah.
hanya berada dirumah.

di rumah adalah tempat yang terbaik.
makan, bernafas dan mati disini.
itu lebih baik.

aku patah sayap
aku patah hati
deritanya..

apa rencana yang harus aku lakukan untuk masa depanku??
aku seperti tak punya masa depan.
hanya ada hari esok.
kalau aku masih bernafas.

orang lain berimpian setinggi langit
dan berusaha untuk menggapainya..
tapi aku??
aku kuburkan setiap impian dan cita-cita aku
dia memusnahkan setiap impian dan cita-citaku.

air mata.

25tahun.
hanya sia-sia.
kosong.

duit bukan boleh dapat percuma
bukan boleh petik dengan jari.

duit harus dicari
tak ada duit.
orang pandang hina.

apa yang kamu ingin aku lakukan????????????
menjadi kuli??
kamu silap.
aku dulu berdikari,
mencari erti hidup.
kini aku tahu apa yang aku lakukan
kenapa selalu menjadi penghalang buatku?

sedih.

aku harap, hari esok ada sinar buatku
akan bertambah keimananku
mencari bahagia dalam derita
mencari senyuman di sebalik derai air mata

moga Allah pertemukan aku dengan orang-orang yang baik
moga Allah permudahkan jalan hidupku ini
moga Allah makbulkan setiap doaku
moga Allah membuka setiap pintu rezeki buatku..

moga aku menjadi orang yang lebih baik..
lebih bersyukur
bertambah keimananku pada ya Rabb
walaupun ku lukis cerita air mata ini..
tak bermakna aku berputus asa
aku cuma ingin meluah rasa.

aku yakin dengan janji Allah..
man jadda wajada

la ila ha illa anta subhanakinni kuntummunazzolimin

Ya Allah, tabahkan hatiku menghadapi setiap ujian-Mu
berikan aku senyuman..
^_^
Limpahkan rezeki buatku...agar dapat ku berkongsi dengan semua orang..Amin.



Lagu: Hatimu Milikku

layan aje lagu ni.
entah kenape rasa suka dengar muzik dia..
takde kaitan soal hati..:)



Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti

Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ulang [*][**]

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Ulang [*][**]

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini

Wednesday, December 7, 2011

Sayu

terbuku dihati tanpa mampu aku luahkan pada sesiapa..
sakit jugakkan kalau terpaksa menanggung rasa sendirian
yang aib tak perlu la dihebahkan..tapi itulah yang menyakitkan..
saat begini, aku akan mula merindui teman2 yang pernah bersamaku,
suka dan duka..hanya diorang tempat aku meluah rasa..
tapi ku tahu..kepergian ku terlalu singkat..
dan ada rencana yang harus aku tunaikan..
aku harus kuat..



Tuesday, December 6, 2011

Mak Andam

Assalamualaikum

lambat sket nk wat entry pasal jadi mak andam ni..hehe..
bz sket...konon kan??hehe..

juz ade a few picture..
hasil tangan ku menconteng muka cik linda, kawan sekolah..ekeke..







































oke..tu je gambar yang ada untuk tatapan yekk..:) Selamat menjadi tunangan orang ekk..:)

**mode: happy




Saturday, December 3, 2011

kucingku comel..

Assalamualaikum

Tadi duk lepak kat luar umah..bui makan anak2 kucing...ada 9 ekor sume skali..


ini tak termasuk anak miki yg ade lagi 3 ekor..

kalau tengah penat atau sedih ke..rasa sunyi ke..
lepak2 ngan diorg ni best..huhu..
time nk bagi diorg makan sngt la senang..
goncang aje bekas yang berisi pallet diorg..confirm datang melulu..
yg duk atas pokok, cepat2 turun, yang ngah tdo pon sume bingkas bangun..
^_^
kalau lama sangat tak peduli diorg ni..atau lama sangat tak masuk dalam umah..
setiap kali buka pintu, diorang dah standby depan pintu..
bukak je terus meluru masuk dalam rumah..
hehe..macam-macam..
bila dah masuk...golek2 la..menggeliat..pastu bising mengiauu..
mmmm...:)

kalau boring..duk kat luar, panggil nama sorang2..
pastu berkumpul je dpn umah..
so sweet la..pastu peluk cium yg si kecik putih..


muka baik je kan??
suka cium dia ni..
sampai sekarang xde nama lagi..
cium dahi dia, perut dia..comel2..:)
muah3!!!
mendamaikan la diorg ni..tapi kadang2 rasa cam tak larat nak jaga..
huhu..
kadang2 xde masa nk bui diorg makan..lau mak xkasik makan
kesian la diorg..
kadang diorg berak depan umah..mak bising..
huhu..
lagi haru..
tak tau smpai bila leh bertahan..sebab dah makin bertambah..

sekian  dulu citer dari saya..

nanti nk update pasal mjlis pertunangan kawan sekolah plak..
^_^
jadi mak andam kejap...hehe..

daaa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...