Followers

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki


Wednesday, April 20, 2011

2. Yang Lalu, Biarkan Berlalu

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalaani kehidupan seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakan di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payudara si ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?

Dengan kembali ke masa lalu, bererti anda merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat:

itulah umat yang telah lalu.....(Al-Baqarah:134)

Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencara pada zaman itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek-moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu: "Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya."

Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai: "Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu?" Keldai itu menjawab: "Kerana aku tidak suka kebohongan."

Bencana dapat menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya mustahil.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.


Friday, April 8, 2011

La Tahzan Jangan Bersedih

Assalamualaikum..

korang penah baca buku La Tahzan,?dulu buku ni sangat femes..masa tu mila first year..rumate mila de baca buku ni..yela..dia pun macam bermasalah..huhu..mila pun xtau ape yg dia alami..kadang2 tgk dia sedih amat..
tapi masa tu mila xreti lg nk membeli buku motivasi gini...

pastu bila duk umah sewa, rumate mila de beli gak..tapi yang versi wanita nyer..

bacala la sampai habis...huk3...memang menangis bila baca buku ni...pastu takkan nk pinjam je kan..if nak baca disaat jiwa kacau...so..mila beli la satu..versi ni..general..dan bahasanye dekat dihati..buku La Tahzan ni banyak versi...korang ne pandai tgk la..

walaupun buku ni dah lama kuar..isi kandungan tetap evergreen..disaat kita rasa sangat sedih, kita patut bersyukur kerna kita masih bernafas ketika ini..kita punya makanan untuk dimakan, pancaindera yg baik..dan segala macam lagi..
dan kebetulan semalam mila baca buku ni..orang kata nk bersihkan hati..at least, buku ni mengingatkan mila if mila terlupa atau tak bersyukur dengan kurniaan Allah yg tersangat banyak buat mila....

Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian orang yang hampir sedarjat dengan mereka, kemudian yang lebih rendah lagi, dan seterusnya. 
Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar keimanannya. Semakin kuat imannya, maka semakin berat pula ujiannya.semakin tipis imannya, maka semakin ringan pula ujiannya.
Seorang hamba tidak akan lepas dari ujian-ujian hingga Allah membiarkan hamba itu berjalan di muka bumi tanpa dosa. (Al-hadith.)

sama2 kita renungkan...
yang baik itu datang dari Allah..dan yang buruk itu datang dari diri mila sendiri..
wallahualam bissawab..

klik la sini...macam2 ada....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...