Followers

Tuesday, January 29, 2013

kisah hati duka..

Assalamualaikum WBT

hari yg sangat hambar dalam hidup mila.
senyum pun terpaksa.
pelbagai perkara terjadi..
menggugat hati dan perasaan.
suppose dalam keadaan macam ni mila xpatut menulis, tetapi tangan ni sungguh gatal nak menulis..
kisah hati dalam duka..
alahaiiii....
pelikkan perasaan ni, masa kita suka dia, dia buat taktau, tapi bila kita dah suka orang lain, baru nak ajak kawen..adehh..
walaupun berserah pada Allah, but still kena usaha..
tapi tula..yang sicomel tu pun taktau ape rasa dia kat kita...entah2 bertepuk sebelah tangan...adehh..
ya Allah..nape mila yang duk sibuk pikir hal ni..padahal sebelum ni kata berserah dah..
sikit je dugaan..dah tak mampu nak berpegang dengan janji Allah. Jodoh itu Rahsia Allah.
percayalah wahai hati...walau dia yang kau puja..lau dia bukan Jodoh kamu...menangis pun tak guna daa...kalu yang sorang lagi ko tolak dia mentah2..entah2 dia la jodoh kau nanti...baru ko tau...huwaa..
tapi ku berdoa..bahawa semoga dia dijodohkan denganku..Allah lebih tahu..baik dan buruk sesuatu perkara itu..mila.........cuba bertawakal...:) ada masa lagi...serahkan pada Allah..
Allahuakbar!!!

lari jap fokus nak test rew recipe malam ni..alahai jiwaku yang berkarat..Ingat Allah selalu..
Ampunkan aku ya Allah..alpa & khilafnya hati ini...tula..sebelum ni mintak lembutkan hati untuk kawen, utk jumpe jodoh, ujian sikit..dah lalokkk..adoiii...fokus 360 degree nak kawen and berjaya dalam bisnes..:) chaiyok2!!!..sayang Allah selalu..saya tau Dia dengar rintihan saya..
permudahkan segala urusan hati & perasaanku..permudahkan segala urusan bisnesku ya Allah, ya Rahman..ya Rahim..berkatilah hidupku Dunia & Akhirat..:) Amin

Monday, January 14, 2013

Passion!!!

Assalamualaikum WBT

hai semua, senyum-senyum selalu walaupun hati gundah gulana..semoga hari anda penuh barakah..=)

tahun 2013, rasanya nak ubah sikit gaya penulisan kat blog Coretan HatiKu ni..seiring dengan angka yang meningkat..kedewasaan yang semakin menampakkan diri. kematangan dalam hidup selepas pelbagai peristiwa suka dan duka.

setiap hari Allah tunjukkan sesuatu padaku, antara sedar atau tidak, aku mula memahami diri sendiri walaupun terlambat tetapi tidak terlewat untuk aku teruskan perjuangan yang belum selesai ini.

Alkisahnya, mila baru memahami erti minat dan dikait dgn bisnes..
minggu lepas mila pegi hantar Durian Crepe kt cikgu di sekolah. bekas cikgu Salbina yg mengajar subjek matematik, terkenal ngan sikap garangnya kalu tak siap kije sekolah matematik, cikgu akan kutil di perut..sakitt  woooo..penah gak kena sekali, sekali je tau...
lepas sembang ngan cikgu Salbina, jumpe pulak cikgu Kamariah, cikgu ni ajar subjek kemahiran hidup.
time bersembang macam2 ngan cikgu ni la terlintas kat hati..
bila dah balik dan fikirkan balik perkara tu, dan kebetulan ada citer 3 idiots kan tv3, panggung sabtu.
moral of the story: biarkan anak2 memilih kerjaya mengikut minat masing2.
walaupun begitu, semua ni perlu dididik dan di asuh untuk mengenal pasti bakat yang terpendam.

dulu, masa PMR, memang mila tak belajar pun, bila dapat result tu, rasa macam kosong...ape yang aku belajar setiap hari??kenapa result mila cuma 2A, yg lain2 B. yang bestnyer subjek yg A tu adalah Pendidikan ISlam & juga kemahirran Hidup!! surprise!!
mila sangat suka kelas kemahiran hidup, jahit apron, buat kotak serbaguna, sume tu belajar sendiri, sebab cikgu kan juz bg arahan je, tapi masih mila boleh buat. bila masuk time memasak kat dapur, try buat muffin dll.seronok okeh! the best subjek ever! tapi sayang..semua tu mila tak paham, bila masuk form 4, mila cuma di momokkan dgn kelas sains, mila tak nampak peluang ke vokasional tu cerah dalam bidang2 di sane..serius mila rasa sgt..haha..entah la...baru sekarang mila dapat discover perkara tu.
bila berada di kelas sains, mila usaha sepenuh hati, dapat 4A, utk subjek sains, masuk matrik, masuk U pon amek subjek sains..tapi semua tu tak memberi kepuasan hati. bila dah dapat sekeping degree. mak pulak momok dgn kerja gomen..ohhh peliss...tak minat dan sgt tak berminat.
rezeki Allah dah tetapkan, begitu juga takdirku. aku terima dengan pasrah!!

Alhamdulillah..sekarang mila buat apa yang mila minat iaitu berniaga tapi dalam berniaga ni pun masih byk cabang-cabang yang perlu mila terokai kerana ada masa mila rasa masih tak puas! rasa macam nak travel around the world. cari pengalaman kat negara orang walaupun hanya pencuci pinggan. mila nak sgt merasa pegi kat tempat orang. kerana disitu macam2 perkara mila boleh belajar tentang hidup.
ni pun sebenar 1 impian yang mila harap dapat dilaksanakan.dengan izin Allah.

selain itu, mila masih tercari-cari apakah yang boleh mila lakukan untuk org di sekeliling mila. utk menambah nilai hidup insan yang mila jumpe. yela, mila berada di bidang bakeri, apa yang boleh mila sumbangkan kepada masyarakat umumnya?

sendat dada ni dengan pelbagai perkara..semoga karangan ini sedikit sebanyak merungkai persoalan demi persoalan. semoga Allah memberkati hidupku dan juga kalian semua.

Psstt..mila pun nak improve dalam bidang writing ni..nak sangat menulis..sebuah buku sbg permulaan.,memberi inspirasi pada semua. InshaAllah!!!

setakat ini dulu la coretan hati mila..kita jumpe lagi nanti okeh?? inshaAllah..

salam sayang buat semua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...