Followers

Showing posts with label acara bukan pilihan. Show all posts
Showing posts with label acara bukan pilihan. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Contohi Terengganu Bangunkan Kanu dan Mendayung



Assalamualaikum..
ni ku nk share brita2 pasal Sukma sket nih...:)
at least akan jadik ingatan pasni..
sebab dah jadik history dah..
untuk kanu..2 pupu ku ade jugok..

yg sebelah kanan ni..muhammad syafwatuddin
semoga team diorang terus maju..
^_^

KUALA LUMPUR 12 Jun - SELAIN menghasilkan kutipan pingat yang besar, kanu dan mendayung jelas merupakan sukan yang bakal terus dibangunkan oleh Terengganu untuk memastikan penguasaannya dalam temasya sukan tempatan, selain menjadi gudang menyalur atlet pendayung ke skuad kebangsaan.

Terbukti, keunggulan Terengganu dalam kanu dan mendayung sukar digugat, sekaligus menjadikannya sebagai “deposit tetap” bagi kontingen itu menuai emas pada Sukan Malaysia dan juga temasya sukan kebangsaan lain. Di peringkat kebangsaan, Terengganu terus memperkukuh kedudukan sebagai kuasa sukan kanu dan mendayung, seperti juga acara berbasikal trek, lebuhraya dan judo. 
Program pembangunan yang mantap dan tersusun, selain sokongan dan galakan padu Kerajaan Negeri, termasuk menyediakan insentif ganjaran wang tunai, bantuan dana, latihan dan peralatan, telah menghasilkan kejayaan buat skuad kanu dan mendayung Terengganu pada Sukma kali ini.
Terengganu gah membolot 12 daripada pingat emas yang dipertandingkan dalam Kanu manakala dalam Mendayung, keampuhan mereka jelas terserlah dengan kejayaan meraih lima daripada 9 emas yang menjadi rebutan.
Negeri lain seperti Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan masih gagal memberi tentangan kepada Terengganud dan sekadar berpuas hati bersaing untuk kedudukan kedua.
Penganjuran kedua-dua acara itu pada SUKMA XIV dianggap baik dalam menyediakan lebih banyak platform yang kompetitif buat pendayung kanu dan mendayung.
Di peringkat tempatan, kemampuan dan potensi pendayung seperti Siti Rajiah Ali dari Terengganu dan Ahmad Shafie Abd Jabar dari Johor, antara pemenang pingat emas terbanyak dalam kanu, perlu terus dikembangkan di peringkat antarabangsa.
“Buat masa ini, saingan MASUM, Inter-Varsity dan beberapa acara yang lain masih merupakan pentas penting dalam mencari bakat. Kini menerusi Sukma, kita harap dapat meluaskan lagi kelompok pendayung negara terutama barisan pelapis,” kata Setiausaha Persatuan Kanu Malaysia Muzaffar Maarof.
Negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor dan Pahang perlu menggandakan pencarian bakat muda menerusi sistem latihan, pertandingan dan program lebih efektif untuk memastikan dapat bersaing dengan Terengganu.
Menurut Setiausah Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) Muhamad Hasnul Aizam Bakin, saingan mendayung Sukma perlu menjadi acara regular untuk membolehkan usaha mencari bakat-bakat baru dan muda berterusan dan tidak terputus. Penganjuran kompetitif tidak harus terhad kepada saingan di peringkat Pusat Pengajian Tinggi, tetapi juga meliputi kejohanan di peringkat kebangsaan, negeri mahu pun kelab.
Sukma XIV Kuala Lumpur merupakan platform menguji kemampuan pelumba ke Sukan SEA. Skuad mendayung mensasarkan emas pertama dalam sejarah pada Sukan SEA dari 11 hingga 25 November nanti.
Selain Sukma, kejohanan lain termasuk Varsity Boat Race di Putrajaya dan kejohanan di Singapura pada Oktober ini bakal menjadi gelanggang mempersiapkan pendayung menghadapi Sukan SEA. Dengan kemudahan latihan serba lengkap di Putrajaya, selain di Ampangan Batu di Lembah Kelang, seharusnya pendayung memanfaatkan peluang untuk melonjakkan kanu dan mendayung ke kedudukan yang lebih tinggi.
Kedudukan Pingat Keseluruhan (KANU)
1. Terengganu 12-2-2
2. Johor  3-3-1
3. W.Persekutuan  2-5-4
4. Selangor   1-0-1
5. Pahang  0-5-0
5. Perlis:   0-3-4
7. Sarawak  0-0-3
8. Perak:  0-0-3
Kedudukan Pingat Keseluruhan (MENDAYUNG)
1. Terengganu:  5-0-3
2. Johor; 3-5-0
3. Selangor: 1-2-4
4. W. Persekutuan: 0-2-2


sumber: sukanmalaysia.nsc.gov.my

Sunday, June 12, 2011

~~Player Softball Trg~~

Assalamualaikum..

Antara wajah-wajah team sofbol Terengganu..

ku xtau ni adik aku yg mane..enun ke dayah..
macam enun..
xkenal weyh..
haha...



sumber: sukanmalaysia.nsc.gov.my

Thumbs up for the 2011 Sukan Malaysia


 klik gambar tuk paparan yg lebih jelas...

dan yg ini plak..
pungutan pingat terkini..:)
semestinya Terengganu juara SUKMA 2011..

esok agak2 cuti tak???
cuti kot...
hehe...
kan dah menang Piala FA..
SUKMA tu malam ni la diorg umum...

P/S: adik yg sorg lagi baru je pau adik yg men Sukma tu...dia dapat RM masa amek medal td..giliranku???
hehe...nanti....

~~Softball Champions~~


nak tau kisah2 sebelom ni??

~~Alhamdulillah~~

Assalamualaikum..

baru mendapat khabar gembira..
team sofbol perempuan menang..Emas..
team sofbol lelaki dapat Perak..
TAHNIAH korang....

ni menang MSSM 2011...sebelom SUKMA 2011 start...
-tuan nurhidayah-
-tuan nur ainun-
tuan nur aisyah-


kedudukan pingat SUKMA 2011

semalam plak team Ganu menang Piala FA..

hopefully dapat la Ganu wat hatrik tuk kemenangan SUKMA kali nih..
alhamdulillah...

P/S: leh la pau adik puas2 pasni..kata diorg...maybe dapat wat umrah kot...
alhamdulillah...
pasni leh upload gambo byk2...gambo adik kembo hok sorg lagi dop jupe...

Sunday, June 5, 2011

~~Sukan Malaysia edisi 2011 (SUKMA)~~

Assalamualaikum..

kali ni rasa nk share about event SUKMA yg sedang berlangsung dari 2-12 Jun 2011.
td baru je ade perasmian pembukaan yg berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
setakat kul 9.30 pm arini...Terengganu unggul dgn 20 pingat emas...
sy bangga weh jadi anak Terengganu..
yg paling banyak menyumbang emas adalah acara kanu n judo..
untuk acara kanu tu dua pupu sy ade join skali...
suka2...tahniah tuk atlit yg dah menyumbang emas yer...
hehe..
lagi satu...sy nak support adik sy yg join SUKMA gak...
team sofbol perempuan...
Tuan Nur Hidayah n Tuan Nur Ainun...adik kembarku..
n sepupu..Tuan Nur Aisyah.
td adik cal btau diorg menang MSSM, both team lelaki n perempuan menang...
another victory for team softball terengganu..
and last event jugak tuk adik aku...
hehe...pasni dia dah nk masuk blaja...
(masa nih ngah ada pertandingan MSSM jugak kt Pahang...diorg termiss opening ceremony td sebab baru on the way ke KL....)
act Sukma kali ni adalah untuk acara bukan pilihan, bermakna setiap tahun akan ada  SUKMA tapi untuk tahun ganjil macam dis year 2011 akan berlangsung di MSN KL, 
tahun genap macam biasa buat di negeri2..next year kat Pahang plak...
Antara acara yang dipertandingkan untuk tahun ganjil adalah 19 sukan bukan pilihan iaitu akuatik (polo air dan renang berirama), berbasikal (trek), bina badan, bola baling, bola jaring, bola keranjang, futsal, bola tampar pantai, judo, kabaddi, kanu, kriket, lawan pedang, mendayung, ping pong, ragbi, silambam, sofbol dan tenis.
hehe..highlight sket...korang mesti xbape tau pasal acara nih..
so nantikan kemunculan team Terengganu okeh..
kasi gegar punya...


meh jengok sini untuk mengetahui pungutan pingat dan berita terkini mengenai acara SUKMA ni...


Go Ganu Go....weehuuu....Love U Guys...
okeh..t pape mila update lagi okeh...
xsabar nk tgk adik beraksi kat padang..
moga2 Emas jadi milik korang...
Amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...