Followers

Monday, June 13, 2011

Contohi Terengganu Bangunkan Kanu dan Mendayung



Assalamualaikum..
ni ku nk share brita2 pasal Sukma sket nih...:)
at least akan jadik ingatan pasni..
sebab dah jadik history dah..
untuk kanu..2 pupu ku ade jugok..

yg sebelah kanan ni..muhammad syafwatuddin
semoga team diorang terus maju..
^_^

KUALA LUMPUR 12 Jun - SELAIN menghasilkan kutipan pingat yang besar, kanu dan mendayung jelas merupakan sukan yang bakal terus dibangunkan oleh Terengganu untuk memastikan penguasaannya dalam temasya sukan tempatan, selain menjadi gudang menyalur atlet pendayung ke skuad kebangsaan.

Terbukti, keunggulan Terengganu dalam kanu dan mendayung sukar digugat, sekaligus menjadikannya sebagai “deposit tetap” bagi kontingen itu menuai emas pada Sukan Malaysia dan juga temasya sukan kebangsaan lain. Di peringkat kebangsaan, Terengganu terus memperkukuh kedudukan sebagai kuasa sukan kanu dan mendayung, seperti juga acara berbasikal trek, lebuhraya dan judo. 
Program pembangunan yang mantap dan tersusun, selain sokongan dan galakan padu Kerajaan Negeri, termasuk menyediakan insentif ganjaran wang tunai, bantuan dana, latihan dan peralatan, telah menghasilkan kejayaan buat skuad kanu dan mendayung Terengganu pada Sukma kali ini.
Terengganu gah membolot 12 daripada pingat emas yang dipertandingkan dalam Kanu manakala dalam Mendayung, keampuhan mereka jelas terserlah dengan kejayaan meraih lima daripada 9 emas yang menjadi rebutan.
Negeri lain seperti Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan masih gagal memberi tentangan kepada Terengganud dan sekadar berpuas hati bersaing untuk kedudukan kedua.
Penganjuran kedua-dua acara itu pada SUKMA XIV dianggap baik dalam menyediakan lebih banyak platform yang kompetitif buat pendayung kanu dan mendayung.
Di peringkat tempatan, kemampuan dan potensi pendayung seperti Siti Rajiah Ali dari Terengganu dan Ahmad Shafie Abd Jabar dari Johor, antara pemenang pingat emas terbanyak dalam kanu, perlu terus dikembangkan di peringkat antarabangsa.
“Buat masa ini, saingan MASUM, Inter-Varsity dan beberapa acara yang lain masih merupakan pentas penting dalam mencari bakat. Kini menerusi Sukma, kita harap dapat meluaskan lagi kelompok pendayung negara terutama barisan pelapis,” kata Setiausaha Persatuan Kanu Malaysia Muzaffar Maarof.
Negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor dan Pahang perlu menggandakan pencarian bakat muda menerusi sistem latihan, pertandingan dan program lebih efektif untuk memastikan dapat bersaing dengan Terengganu.
Menurut Setiausah Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) Muhamad Hasnul Aizam Bakin, saingan mendayung Sukma perlu menjadi acara regular untuk membolehkan usaha mencari bakat-bakat baru dan muda berterusan dan tidak terputus. Penganjuran kompetitif tidak harus terhad kepada saingan di peringkat Pusat Pengajian Tinggi, tetapi juga meliputi kejohanan di peringkat kebangsaan, negeri mahu pun kelab.
Sukma XIV Kuala Lumpur merupakan platform menguji kemampuan pelumba ke Sukan SEA. Skuad mendayung mensasarkan emas pertama dalam sejarah pada Sukan SEA dari 11 hingga 25 November nanti.
Selain Sukma, kejohanan lain termasuk Varsity Boat Race di Putrajaya dan kejohanan di Singapura pada Oktober ini bakal menjadi gelanggang mempersiapkan pendayung menghadapi Sukan SEA. Dengan kemudahan latihan serba lengkap di Putrajaya, selain di Ampangan Batu di Lembah Kelang, seharusnya pendayung memanfaatkan peluang untuk melonjakkan kanu dan mendayung ke kedudukan yang lebih tinggi.
Kedudukan Pingat Keseluruhan (KANU)
1. Terengganu 12-2-2
2. Johor  3-3-1
3. W.Persekutuan  2-5-4
4. Selangor   1-0-1
5. Pahang  0-5-0
5. Perlis:   0-3-4
7. Sarawak  0-0-3
8. Perak:  0-0-3
Kedudukan Pingat Keseluruhan (MENDAYUNG)
1. Terengganu:  5-0-3
2. Johor; 3-5-0
3. Selangor: 1-2-4
4. W. Persekutuan: 0-2-2


sumber: sukanmalaysia.nsc.gov.my

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...