mila xtau nk mula dari mana..td bersembang dgn kawan..bertanya pasal jodoh..dia cakap buat la solat istikharah..tapi mila cakap..mila takut..takut ape yg dihajati tak kesampaian..ikutkan hati mmg xnk buat..huhu...dari dulu lagi takut nk buat..tapi skrg..rasanya perlu buat sebab xnk pisang berbuah byk kali..huhu..
bila mila cari info...solat ni bukan setakat untuk buat pilihan jodoh..banyak ag perkara2 lain yg memerlukan kita membuat keputusan besar dlm hidup kita ni...
disebabkan terlalu memikirkan perkara ni..haiyaa...xle tdo...tapi xpe..mila mencari info...n dapat ler update blog barang 1 @ 2 entry..hehe...
Solat Istikharah
Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Niat Solat Istikharah
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).Doa Solat Istikharah
“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”
semoga kita sama2 mendapat redha Allah..
yang baik datang dari Allah dan yg buruk itu datang dari kelemahan mila sendiri...
wallahualam bissawab..
sumber rujukan:http://ohislam.com
semua orang ada jodoh..masa je yg tentukan cepat @ lambat..kalau lambat tue mesti DIA nak bg yang terbaik..doa je lah skrg neyh.. :)
ReplyDeletealinaleen:tima kasih..insyaAllah..:)
ReplyDelete