Followers

Tuesday, May 17, 2011

Donut montel..

Assalamualaikum..
kali ni nak share resepi lak ngan korang...

Resepi Donut-myresipi

Bahan-bahan:
500gm Tepung berprotein tinggi( guna tepung gandum pun ok)
1 peket yis segera-11 gram (jenama mauripan atau lain2 jenama)
50gm marjerin
1 sudu makan(penuh) Shortening (lemak sayuran)
2 sudu makan (penuh) gula pasir
2 sudu makan Susu Pekat/ 2 sudu makan susu tepung[ikut citarasa]
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
gula halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam-suam kuku (bergantung pd kualiti tepung)

Cara Membuatnya..
1. Di dalam bekas yg agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan
    shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula
    telur yang dupukul sedikit dan juga garam.
3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu kacau satu arah je menggunakan
    sudu).
4. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5. Uli sehingga doh sebati dan tidak melekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
    Doh dah siap..

jom kita layan picture yg mila buat sebelom ni...
yg ni versi ada topping choc n rice sprinkle...yummilicious...

yg ni plak versi topping gula aje..donut yg ori!!

sedap tau donut ni..^_^
cubalah buat...senang sgt...




1 comment:

  1. "prince dtg melawat sahabat2..korang sudi tak lawat prince balik ??"

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...