Followers

Sunday, January 15, 2012

Recap entry Tok Wan...

Assalamualaikum...

sebenarnya..entry nih lama kot tok wan buatkan utk mila..senang mila panggil atok jer..
^_^  klik sini untuk entry penuh...
jom kita jengok blog Atok ni...Apo-apo Yolah

ni ada intisari yg atok buatkan utk mila...
Tips memilih bakal suami..hehe...


1. Kerana Agamanya
Mila kena selidik dulu latar belakang si dia. Kalau muka macam Shreak sekalipun, kalau ilmu agama cukup didada, apa salahnya kalau Mila pertimbangkan. Kita berkahwin bukan dengan mukanya Mila. Kita berkahwin dengan hati dan agamanya. Dialah bakal jadi imam keluarga kita. Kalau bakal suami tu berpegang teguh dalam Agama Islam, insyaAllah uwan jamin hidup Mila akan bahahgia ke akhir hayat. Kalau nak tahu dia tu mengamalkan agama ke tak,tengok dia p semayang jumaat tak.  =.=

2. Kerana aset dirinya
Ini bukan bermaksud uwan nak ajar Mila mata duitan. Bukan camtu. Maksud uwan, harta kat sini budi bahasanya, pembawakan dirinya, santunnya, kehormatannya. Itulah harta yang tiada nilainya Mila. Kalau setakat si dia tu anak Datuk sekalipun tapi perangai nauzubillah, baik Mila lupakan. Biar miskin harta tapi jangan miskin moral. Mila nak ke hidup dalam sangkar emas tapi jiwa batin terseksa selamanya? Adeh...macam sasterawati plak uwan raso kojap haa.

3. Kerana kerjayanya
Tak perlu nak pilih berkerjaya sangat Mila. Cukuplah yang sekadar sederhana. Tapi kalau dah jodoh dengan suami gaji besar, untung badan la tu. Suami ni bakal mencari nafkah untuk kita. Untuk anak-anak kita kelak. Sekurang-kurangnya si suami mampu jugaklah nak memberi anak beranak makan, tempat tinggal selesa, menyekolahkan anak-anak sehingga berjaya, dah cukup! Tak payah nak cari suami yang boleh kasi Mila hantaran perkahwinan kereta Porsche Carrera GT sebijik!

4. Kerana sifat kepimpinannya
Si dia ni bakal memimpin Mila. Memimpin anak-anak Mila kelak. Kalau setakat bakal suami yang selalu bergantung pada isteri atau emak kandung suami, tak boleh jadik jugak. Suami kena tegas dalam membuat keputusan. Kerana dia ketua keluarga. Sifat tu kita boleh tengok sekali imbas. Selamat mengimbas! erk.

5. Kerana sifat sayangnya
Ini paling penting Mila. Kasih sayang adalah segala-galanya. Bukan curi trademark cermin mata permata hijrah. No no no. Walaupun susah dan berat dugaan yang datang sekalipun, jika berpaksikan pada kasih sayang insyaAllah semua tu boleh ditepis.  Kasih sayang ni termasuklah menyemai sikap mempercayai, menghormati, romantik, bertanggungjawab tu suma. 1pakej dah tu. Mila kena tanamkan kata-kata ni dalam hati. "Pilihlah orang yang mencintai kita daripada orang yang kita cintai"

Uwan rasa itu antara tips yang sempat uwan kongsikan. Banyak lagi ni. Tapi nanti kalau uwan senaraikan point sampai 18, kompem mata Mila kelabu nak baca kan. So, uwan pilih mano yang utama je dulu. 

Persoalan samada nak pilih ke tidak orang yang merisik tu, Uwan raso Mila ada hak untuk bertanya siapa gerangannya. Itu hak Mila sebagai bakal isteri. Takkan nak main terima je sapa yang merisik tanpa tahu asal usul dan sebagainyakan. So tanya dulu geragannya. Kalau minat, teruskan. Kalau tak minat, bagilah alasan masih belum bersedia bergelar isteri dan sebagainya. Yang penting, jawab dengan berhemah tanpa melukakan mana-mana pihak. Gud luck Mila!!!



tenkiu Atok...^_^  dah lama simpan baru nk wat entry balas...hehe..maap ye Atok??

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...