Followers

Friday, December 23, 2011

Renteten Kisah Adam Adli

Assalamualaikum..

Mila baru berpeluang mengikuti kisah Adam Adli ni..kisah menurunkan bendera yang memberi impak besar kepada warga politik dan juga warga Malaysia amnya yang membawa kepada feedback yang pelbagai.

Alkisah Adam Adli yang memperjuangkan  Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS).

Ini adalah video respon Adam Adli terhadap feedback video tindakan Adam Adli yang dikatakan kurang hajar, tidak menghormati dan sebagainya.

Antara video yang mengecam tindakan Adam Adli menurunkan bendera berwajah PM.

1.
2.
3.

Dan seterusnya...ini adalah video feedback dari Adam Adli sendiri yang ditemubual oleh SINARTV.

Part 1

Part 2:


Part 3:


Part 4:

Pandangan mila secara peribadi.

apa yang diperjuangkan oleh Adam Adli adalah sesuatu yang perlu di ambil kira, kenapa sampai mahasiswa hilang kepercayaan terhadap kepimpina PM kita? Mahasiswa adalah tonggak masa depan negara, yang akan membentuk generasi akan datang.

Mila sendiri merasakan terdapat banyak kekurangan di dalam kepimpinan PM sekarang ini. dengan hanya slogan 1 Malaysia. ia takkan membawa apa-perubahan. tetapi dengan setiap yang imbuhan yang diberikan, katalah bantuan itu dan bantuan ini...ada galang gantinya. ada sendiri tahu berkenaan perkara ini. Bajet 2012 yang sesungguhnya sangat-sangat menguntungkan..tetapi sejauh manakah perkara itu benar??

Oppss..sudah jauh tersasar perbincangan ini..hehe..

Tindakan Adam Adli dikatakan kurang hajar, biadap hanya kerana menurunkan bendera PM hanya untuk tempoh 5 minit tanpa apa-apa kerosakan. sentimen berunsur politik bercampur baur hinggakan sanggup untuk meludah pada mahasiswa ini. Itu adalah tanda kurang bijak dan tidak matang sebagai ahli politik.

Tindakan AA itu hanya satu gimik untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mahasiswa terhadap pucuk pimpinan. tidak perlu diputarbelit sampai melibatkan parti politik.

Atas dasar apa gimik itu dilakukan?? Memorendum yang mereka usahakan, setelah 4 kali cubaan menghantar, tidak mendapat apa2 feedback.

dengarkan suara mahasiswa untuk kempuhan masa depan.

Anak muda sekarang tahu menilai setiap baik buruk perjuangan politik.

kenangan mila di Universiti mengajar mila untuk memahami setiap apa yang mereka lakukan.
karenah birokrasi. setiap orang menjaga kepentingan masing-masing.



2 comments:

  1. ntah la..abg rs x ptt dia bt mcm tu wlupn pd dasarnya ada relevannya jgk.ada caranya.lgpn dia blm hbs stdy.

    ReplyDelete
  2. namewee buat apa pun tak pa..hina bendera.. hina lagu negaraku..ok je tak ambik tindakan apa pun

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...